Saturday 30 June 2012

~berubah kerana ALLAH atau politik semata-mata~

assalamualaikum...haa jangan tengok pada tajuk tp nilailah pada isinya...
kadang2 saya pelik dengan masyarakat, mana taknya kalau ade je artis berubah pakai tudung pastu g dengar ceramah terus ckp "ha, elok sangat parti tu bagi artis masuk" tp xder org pon ckp "ALHAMDULILLAH, moga perubahannya itu mendapat keredhaan ALLAH dan istiqamah"...tp susah kan nak dengar ayat tu...sebab fikiran kita hanya ada politik,politik,politik....kenapa mesti nak kaitkan tuntutan ALLAH dengan politik?? hmmm xfaham betul..mana la org xtakut nak berubah ke arah kebaikan kalau dah niatnya baik tp disalah erti pulak...
~sayangku ingat perubahan seseorang bergantung kpd niatnya, siapa kita utk menilai...berhak ker kite nak kutuk die sedangkan apa yang dier buat langsung xsalah, takkan nak suruh dia buat jahat baru kita puas hati~

renung2kan,fikir2kan dan selamat beramal....

~YA ALLAH BERIKANLAH AKU PEDOMAN~


Friday 29 June 2012

~i luv My Hijab~


~Aku budak bertudung labuh 2~

Mencari keredhaan ALLAH cukup menguji kekuatan hati aku yang hanya hamba kerdil milik ALLAH... bermulanya rentetan perubahan ku hanya dengan sepasang stokin dan sepasang sarung lengan, mungkin mudah disebut, mungkin simple didengar, mungkin jelek dilihat tapi orang yang memikul, orang yang memakai cukup perit rasanya...bukan perit kerana memakai tp perit untuk kekal..macam-macam ujian datang, xder orang nak kawan, xder orang nak layan, kene umpat, kene fitnah...tp itulah ujian yang telah ALLAH berikan...namun aku bersyukur sangat-sangat...nak tahu sebab apa?? sebab ALLAH hilangkan aku sahabat tetapi ALLAH kembalikan aku sahabat yang lebih baik dari yang dulu..yang sudi kongsi pahit getir hidup sama-sama dan itulah yang menguatkan lagi azam aku untuk berubah....

beberapa bulan kemudian....

hmm, pakai stokin dah..pakai sarung lengan pon dah, jadi kita naik satu lagi anak tangga iaitu tudung bidang 60...nak dijadikan cerita, tudung jenis ni satu pun aku takder...macam mane nak pakai, sampailah satu hari tu, aku cakap ngan akk bilik aku.. "akak, teringin nak pakai tudung yang akak pakai...cantik"... akak tu gelak, dia pon cakap "nak pinjam ker,kalau nak akak boleh bagi"... aku pon pakai la tudung bawak g kelas kot, budak2 kelas tengok pelik jer...tp aku xkisah sebab aku bukan susahkan diorang pon... tapi nak tahu tak ape jadik lepas tu??? kita tunggu sambungannya akan datang...hehe

To be continued.....

Thursday 28 June 2012

Jangan Mengalah Dengan Ujian yang Menimpa Diri

" assalamualaikum", sapa atikah..tetapi aku masih lagi hanyut di dalam lamunanku...
"assalamualaikum", ucap atikah sekali lagi sambil tangan kanannya menyentuh bahuku..
aku tersentap dan sekelip mata lamunanku terhenti..
"eh, atikah..da lama ke sampai", ucpku.
"kalau yer pun jawab la dulu salam aku", tegur atikah.
"opss....waalaikumsalam", ucapku.
"kau ni kenapa?..dari tadi aku tengok asyik termenung jer..semenjak dua menjak ni aku tengok kau makan xlalu..tido xlena...kadang-kadang menangis...kau ada masalah ke?", tanya atikah.
"ish, mana ada...aku ok je la...kau salah lihat ni...", kataku.
"farah2..kau xyah la nak selindung2 dari aku..aku kenal kau bukan sehari je..dah 3 tahun kita kenal..xyah la nak tipu2 aku", kata atikah.
farah tertunduk..
"mcm mana ni, aku da xleh nak berdalih lagi kali ni..tp perlukah aku mencritakan semuanya pada atikah..hmmm..pening2", desis hati farah.
"ermm, atikah..maafkan aku..bukan aku xnak cerita tp mungkin belum masanya untuk kau mengetahui segala2nya", ucapku dalam nada sayu.
"sampai ati kau..kita kawan bukan baru tau..tp da 3  tahun..xkan la sepanjang tempoh itu kau belum mengenal peribadi aku macam mana...xkan la dlm tempoh tu, kau masih ragu2 dgn aku", ucap atikah sambil menangis.
"x..bukan itu maksud aku...kau seorang kawan yang baik..cukup baik..bahkan aku bersyukur sgt2 kerana ALLAH menghadirkan dirimu dalam hidupku...percayalah, nnt bile tiber masernya..aku pasti akan cerita tp bukan skrg..aku arap kau faham", kata farah dalam nada bersungguh-sungguh.
"baiklah..aku akan tunggu waktu tu tibe..maafkan aku jika kata2ku ada mengguris hatimu", kata atikah.
"sudahlah, kita lupakan apa yang berlaku ari ni..", kata farah lagi.

azan maghrib sayup-sayup kedengaran...

"hmm, da azan.. marilah kita solat dulu", ajak atikah.
"jomlah..ari ni kau jadi imam erk", kata farah..
"baik bos", jawab atikah.
  
seminggu kemudian...

"farah, semakin hari aku aku tengok kau semakin teruk..muka kau selalu pucat...kau sakit ke?", tanya atikah.
"aku xda pape..cume penat jer..tambah2 lagi dua hari ni asyik sakit kepala je", jawab farah.
"farah, kalu aku tanya..ko jgn marah erk..", kta atikah dalam nada takut-takut.
"tanya je..insyaallah aku xkan marah", ujar farah.
"agak-agaknya kau da sedia belum utk citer masalah kau kat aku", tanya atikah.

farah mendongakkan kepalanya ke langit..merenung segalanya dengan sebegitu asyik sekali..'YA ALLAH,indah benar ciptaanMU sehinggakan mampu menenangkan resahku kini', desis hati farah.

"atikah.....", ucap farah.
"mungkin inilah masanya utk aku cerita sumenya pada kau.....kalau aku tangguh lagi..aku takut aku xsempat lagi untuk bercerita...", ujar farah.
"farah, knp kau ckp macm ni?..kau nak tinggalkan aku ker?..", ucap atikah dalm nada sayu.

farah tersenyum..matanya merenung wajah milik sahabat karibnya yang teramat dia sayangi sedalam-dalamnya...

"mana mungkin aku sanggup meninggalkanmu..dirimu begitu bermakna buatku...sgt bermakna....ALLAH meminjamkan dirimu untukku..mana mungkin aku persia-siakan pemberian ALLAH padaku", kata farah.

atikah tersenyum terharu mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut sahabatnya itu...

"tikah, sebenarnya aku pernah mengalami trauma yang cukup melemahkan diriku sehinggakan aku pernah terfikir untuk mati sahaja...", kata farah.
"trauma...maksud kau", tanya farah.

semuanya bermula pada saat aku sudah mampu untuk memahami setiap yang berlaku di sekelilingku..

       Nama aku farah. Aku berasal dari sebuah keluarga yang sederhana tapi cukup besar. keluarga aku sememangnya cukup dikenali oleh orang-orang di kampungku disebabkan ayahku adalah salah seorang imam di surau kampung kami. mereka selalu memuji keluarga kami adalah sebuah keluarga yang harmoni tapi xsiapa tau apa sebenarnya hakikat keadaan keluarga kami. aku merupakan anak yang paling bongsu dalam keluarga kami. kawan-kawan selalu cakap kat aku.."wah, best la kau..da la anak bongsu..ada kakak,ada abang..mesti mereka sayang kat kau sgt2"..aku selalu terfikir..kalaulah semua tu betul-betul terjadi...kehidupan sewaktu kecilku tidaklah seindah seperti yang digambarkan..sejak dari kecil aku melihat betapa dinginnya kehidupan keluarga aku..keluargaku kerap sekali bergaduh...abangku sgt membenci aku..apa saja yang aku buat mesti dia x suke..setiap kali marah..pasti aku yang kene..kadang2 aku terfikir..apa salahku sebenarnya?...setiap kali aku dipukul oleh abangku..pasti kakak aku akan tolong..saban hariku,hanya satu perkara yang menjadi rutin harianku iaitu  menangis..menangis..menangis..sehinggakan sampai suatu saat air mataku sudah kering...kini umurku sudah mencecah 12 tahun...tapi kenangan sewaktu kecilku masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru saja terjadi...aku sgt suker pegi sekolah sbb kat sekolah la aku dapat lupakan kenangan itu...tp itu hanya seketika...hal tu sangat mengganggu hidupku...melemahkan  semangat aku sehingga menyebabkan aku terlalu merendah diri...aku masih ingat..adik-beradikku selalu cakap aku ni gemuk!gemuk!gemuk!...dah la hodoh..ish buat malu jer nak ngaku kau ni adik aku...nnt kalu kawan aku datang kau jgn keluar..kalu kau keluar...siap!!!!...setiap kali itu terjadi aku pasti akan mengurungkan diriku dalam bilik...nasib baik kakak aku belajar jauh..jadi blehlah aku buat apa yang aku suke..nak menangis pun xda org yang tau...kadang2 aku terpk..teruk sgt ke aku ni??..YA ALLAH,knp harus aku yang menanggung semua ni?..xlayakkah aku untuk mendapat kasih sayang seperti kawan-kawanku..aku pun nak peluk mak..aku pun nak sgt berkongsi cerita ngan mak..nk jln2 ngan abg,akk..tp knp aku xdpt semua tu?..jika inilah tujuan aku hidup..lebih baik Kau matikan saja aku YA ALLAH...satu hari aku bergaduh dgn abg aku..dia pukul aku...akak aku marah dan cakp kat abg aku "kau ni xabis2l lg ker...dah lah budak ni dari kecik xabis kene pukul..da besar pun xabis2 lgi ke nak seksa dia....aku menangis...xtertanggung rase untuk aku memikul ujianMU ini YA ALLAH...penat sgt..mak mcm tu..ayah mcm tu..abg mcm tu..akk pulak mcm tu..."mak!!saya ni anak angkat mak ker??sehinggakan semua benci saya..knp mak?..jijik sgt ke saya ni...sampaikan semua xnak mengaku saya ni adik diorang...buruk ke saya ni..dari aku kecik sampailah sekarang..itulah yang selalu meniti ruang fikiranku...kini aku sudahpun berada di alam remajaku...segalanya sudah berubah..abgku tidak lagi seperti dulu..tp kdg2 ada jgk la...namun meskipun begitu..aku tetap xmampu utk melupakan sumernye..semua yang terjadi menjadi trauma buat diriku..sehinggakan menyebabkan aku selalu mengasingkan diri dari mereka..tgk tv sorang2...mkn sorang2...aku pun xtau knp aku xbleh nak dkt dgn diorang..padahal sumernyer da berubah...aku pernah cuber tp aku xmampu..biarlah..mungkin masa akan menentukan segalanya yang bakal terjadi...kni aku sudahpun berumur 19 tahun dan kini aku sedang melanjutkan pelajaranku di sebuah IPTA yang agak jauh dari negeri kelahiranku...aku sgt bahagia berada di sini..namun perkara itu ttp mengekori aku...di sini aku menemui seorang adik yang cukup baik dan aku syg dia sgt2...kehadirannya sgt membahagiakn aku..wajahnya sgt menyejukkn hatiku...sedikit sebanyak hatiku yang kosong terisi dgn kasih syg darinya..tp semua tu xlama..ada sesuatu hadir dan mengganggu hubungan kami sehingga menyebabkan kami semakin jauh..luka lama berdarah lagi..tapi ini bukanlah yang pertama untukku..sebelum ini juga begitu..aku da penat..penat sgt...penat utk menyayangi seseorang..kerana pada akhirnya aku yang akan terluka...mereka hadir dan kemudian mereka pergi meninggalkan aku keseorangan di sini..YA ALLAH, berat sungguh ujianMU kepadaku...kuatkanlah aku YA ALLAH agar aku mampu menerima segalanya dengan tabah..dan Kau hadirkanlah kepadaku kebahagiaan yang mampu membantu aku utk mengikis segala kepahitan hidupku..aku pasrah YA ALLAH jika inilah yang perlu aku jalani..tp aku xkan berhenti berharap suatu hari nnt kebahagiaan akan menyelubungi hidupku yang gelap ketika ini...

"itulah yang selalu mengganggu hidup aku, tikah", kata farah seusai habis bercerita.
"aku xtau nak cakap ape...tapi aku bangga sebb sampai sekrg kau masih lagi kuat utk teruskan hidup", ucap atikah.
"ini sajalah yang mampu aku buat, mengemis kasih dari Tuhan", kata farah.
"maksud kau?", tanya atikah.
"aku dah cukup penat mengemis kasih manusia..skrg ni apa yang aku harapkan hanyalah redha dari ALLAH agar bile nyawa aku ditarik nanti..aku dapat merasai nikmat syurgaNYA kerana disitulah kebahagiaan yang abadi untukku", ujar farah.
"amin..semoga kita akan ditempatkan disana kelak", kata atikah.

 keesokan harinya..

"farah...farah..farah...bangun da lewat da ni...kelas kau kan pukul 8...bangunlah...nnt terlepas pulak", kejut atikah

akan tetapi farah masih juga tidak mahu bangun...atikah merasa pelik...lalu dengan pantas dia menghampiri tubuh sahabatnya...tangannya memegang kaki farah..."sejuk"..desis hatinya..perasaan tidak enak mula mendatangi hatinya...atikah memegang pergelangan tangan farah...'tak ada',ujar atikah..farah!!!farah!!bgunlah...jgn buat aku mcm ni...bngunlah!!!!!!farah!!!!!!!!!!..atikah menjerit sekuat hatinya sehinggakan teman-teman yang lain bergegas ke biliknya...

di hospital atikah tidak berhenti-henti menangis..puas rakan-rakan yang lain menenangkannya...lima minit kemudian doktor yang merawat farah keluar dan menemui kami..

"doktor, macam mana ngan farah?", tanya atikah.
"hmm, maafkan kami..kami sudahpun berusaha semaksima yang mungkin tp ALLAH lebih menyayangi kawan awak", ujar doktor tersebut.
"tp ke....napa dok...tor?", tanya atikah dalam nada tersekat-sekat   
"hasil pemeriksaan kami menunjukkan farah sudah lama menghidap penyakit kanser otak..dan semalam kanser yang menghinggapi otaknya pecah dan menyebabkan salur darahnya turut pecah...adakah sebelum ini arwah pernah mengadu yang dia ada mengalami sakit kepala?", tanya doktor.

atikah teringat kembali pertemuannya dengan farah di taman hari tu..

"ada doktor tp dia ckp sebb dia penat, jd saya pun xda lah risau sgt..xsangka pulak yang itu kanser..", kata atikah.
"hmm..mungkin itulah takdirnya...ALLAH sudah menetukannya..semoga rohnya mendapat penghormatan tertinggi daripada ALLAH..", ujar doktor.
"amin Ya Rabb", doa atikah.

sahabatku farah...
pergilah..aku merelakan pemergianmu sahabatku...
setiap kenangan yang pernah tercipta antara kita akan selalu tersimpan di dalam hatiku ini...
kau adalah sahabat yang terbaik yang pernah aku ada..
semoga kau bahagia di sana...
carilah kebahagiaanmu di sana agar terubat segala kelukaanmu disini...
nantikan aku di sana...
kelak aku akan kembali bersama-samamu...
selamat jalan sahabatku...

 ~ kisah ini hanyalah sekadar mengisi kebosanan hatiku ketika ini,tp ada mesej yang terselit dalam cerita ini ~
semoga terhibur...maaf kalu jalan cerita terabur...hehehe..

hasil tulisan,
 Humaira Omar.
~ seorang hamba ALLAH yang mengejar kasih dari ALLAH ~  

~Biar Duka Berlalu~

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.


Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini.
Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan.


Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan.


Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

 

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..KHAS UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

"Kenangan"

satu perkataan yang membawa seribu satu macam rasa.. suka, tawa, ceria, sedih, suram, tangisan, benci dan bermacam lagi..bile teringat yang bahagia rasa berbunga hati..tapi bile terkenang yang mengundang air mata..sedih tidak terperi.. andai perpisahan yng terjdi..jangan pernah kamu berduka sayu..ketahuilah kalian..jika tiada perpisahan tidak akan timbul perasaan rindu..tidak akan bertambah rasa sayang yang berputik di kalbu..dan tidak akan mungkin wujud perkataan kenangan..redho kan dia pergi..jangan pernah disesali.. sematkan kenangan di dalam hati..kenangan bukan suatu untuk ditangisi tapi sesuatu memori yang ada untuk dikenangi..menjadi penguat hidup ini..yang patah akan tumbuh..yang hilang akan berganti..yang pergi tidak akan kembali.. tapi kenanganlah yang akan sentiasa mekar di hati..subur di memori..jika rasa rindu..Berdoalah untuknya..mohonlah perlindungan dari Allah...sesungguhnya Allah sebaik-baik pelindung..

~duhai hati~

Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bkn cinta...tetapi kagum...
Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem itu bkn cinta..tetapi nafsu...
Jika kamu mencintai kerana takut dia sakit hati,itu bkn cinta..tetapi kasihan...
Jika kamu mencintai kerana dia baik,itu bkn cinta..tetapi terpaksa...
Jika kamu mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,
... itulah cinta yang sesungguh nya...

~Wahai hati .. berusahalah melawan lidah utk berhenti mengatakan sesuatu yg sia2.. Wahai jiwa berusahalah menegur lidah utk berhenti melancarkan kata² yg tdk sopan. Wahai akal berusahalah menasihati utk lidah berhenti memikirkan kata² dusta~

aku budak bertudung labuh

Aku pakai tudung labuh
bukan bermakna aku nak tunjuk yang diri ini Alim/warak..
Ianya tidak semestinya merasakan diri baik
tetapi lebih kepada mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa berlaku baik..
Aku pakai tudung labuh sebab nak tutup aurat..
Aurat 2 kan wajib ditutup/dijaga dengan baik..
penampilan diri mengingat diri apabila nak buat benda xelok
teringat aku pakai tudung labuh dan menutup... aurat
takkan aku nak buat menda xelok..
jadi, tudung labuh ini berfungsi sebagai pengingat kepada diri sendiri
agar menjauhi perkara mungkar.. ^___^..

muhasabah diri anda...

____________________________________________________________________________________

assalamualaikum sahabat....
sedikit mukadimah di atas, hmm aku budak bertudung labuh...nak tau lebih lanjut.....jom ikuti kisahku!!!
nak dijadikan cerita, dulu aku ni biasa-biasa je...xder la alim sgt sampailah satu hari aku kenal ngan akk2 tudung labuh ni...aku xtau aper yang aku raser dalam hati aku ni..tp yang pasti aku rase tenang sgt bile tengok diorang ni,sungguh aku xpernah raser setenang ni, dulu aku selalu mencari apa yang kurang pada aku sampai laa aku bertemu diorang ni...baru aku tahu bahawa selama ni betapa banyak dosa aku dengan ALLAH...aku leka,lalai dengan arus dunia...tp aku cukup bersyukur kerana ALLAH memudahkan jalanku...
membawa imej budak bertudung labuh bukanlah mudah seperti membeli baju di pasaraya,membawa jalan dakwah bukanlah sesenang menjual ikan di pasar tp inilah yang membuatkan aku betapa beertinya hidup...

To be continued......

siapa aku???

kehidupan banyak mengajar aku menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. hidupku yang dulu bagaikan tiada arah sehinggalah aku bertemu sesuatu yang cukup berharga dalam hidupku. sesuatu yang tak mungkin mampu utk aku lupakan. pengalaman selama 3 tahun bukan mudah utk ditinggalkan kerna di situ aku temui siapa diriku. 

~untuk mengetahui lebih banyak tentangku, jgn ketinggalan untuk terus mengikuti perjalanan dakwahku menerusi blog prideofmuslimah@blogspot.com~