Thursday 29 January 2015

~CERITERA SEBUAH KEHIDUPAN~

***KU MOHON ***

__________________________________________________
Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan 
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya 
Engkau beriku harapan 
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang 
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku
__________________________________________________

Ceritera sebuah kehidupan melakar satu kepastian bahawa hidup tidak selalunya mudah...bahagia dunia itu sementara kerana telah dijelaskan kebahagiaan yang sebenar itu hanya lah di Akhirat sana...berbagai-bagai babak dalam sebuah kehidupan...ada kemanisan, ada kepahitan...terkadang tika aku sendiri, termenung aku keseorangan...melihat perjalanan sebuah kehidupan yang kadang kala mengukirkan sebuah senyuman juga menitipkan sebuah kesedihan...setiap insan diuji dengan ujian yang berbeza...ada yang hilang kedua-dua permata hatinya, ada yang hilang arah tujuannya, ada yang tenggelam dalam kebahagiaannya yang nyatanya palsu semata...sepanjang aku dalam perjalananku...aku melihat kekuasaanNYA yang sangat hebat...bagaimana seorang yang begitu keras hatinya menjadi lembut dan kembali menemui SANG PENCIPTANYA...sungguh membuka mataku...di dunia ini tiada satu yang buruk kerana semuanya berkesempatan untuk menjadi yang tercantik...hakikat seorang insan, adakalanya dia lupa, adakalanya dia leka, adakalanya dia tersedar lalu ketiduran kembali melayani mimpi-mimpinya yang tak pernah sudah...ada yang sepanjang hidupnya tidak pernah mengenal erti hidup yang sebenar, lalu Allah jatuhkan dia seketika untuk merasai cabaran sebuah kehidupan agar dia kembali menemui cintaNYA yang Abadi tapi untuk menggapai kembali cintaNYA itu memerlukan bayaran yang tak ternilai harganya...ujian...ya, sebuah ujian untuk melihat sejauh mana ketetapan hati untuk kembali meraih cinta ILAHI....

Saudaraku,andai di hati kamu punya rasa untuk kembali...maka kembalilah...usah dihirau dosa yang lampau, usah dihirau bait kata seorang manusia kerana DIA tidak pernah sekalipun meninggalkan kita walaupun terlalu banyak kita melukakan DIA...biar pahit, biar perit perjalanannya kerana pengakhirannya nanti tak terhingga nilainya...LA TAHZAN...kerana ALLAH sentiasa ada bersama kita selalu.