Saturday 15 October 2016

AKU

Aku 


Bisu
Itulah gelaranku
Bisu aku bukan pada zahirku
Akan tetapi
Bisuku itu hanya ada pada batinku

bicara cerca
tutur hina
kata nista
Bagai sudah terbiasa
menjadi habuan buat insan dina seperti aku

Berkatalah apa sahaja
Hanya senyum balasku
Perlakulah apa jua
Hanya diam mampuku

Kekuatan itu tidak terzahir pada jasad
Akan tetapi..
Kuatnya aku adalah pada batinku

Hmmmm….
Hati mana tidak pernah terluka
Luka mana tidak pernah menyakiti
Sebagaimana telah terzahir sejak azali
Bahwa manusia itu juga punya hati
begitulah juga diri ini
Diamku ada pedihnya
Senyumku pasti ada pahitnya
Kerna aku manusia
Punya hati, punya jiwa
Dilukai…
pasti juga akan merasai pedihnya di hati <3               

akan tetapi
aku yakin dan aku pasti
tuhan itu sentiasa ada di sisi
menemani dan melindungi
hati dan jiwaku ini 

Friday 20 May 2016

*MAAF*

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Ramadhan semakin menghampiri dan semoga Ramadhan kali ini memberi Hikmah yang tak ternilai buat kita semua. Amiin.

Hari ini, terdetik hati untuk menulis..

"MAAF"

Dalam meniti liku-liku kehidupan yang sedia kita ketahui penuh dengan cubaan dan dugaan yang terkadang luar dari kemampuan kita sebagai seorang hamba ALLAH yang lemah. Dua perkara yang sangat susah untuk dilaksanakan sebagai seorang manusia iaitu :

  1. Mengakui kesalahan diri dan memohon kemaafan dari orang yang kita lukai.
  2. Memberi kemaafan kepada orang yang melukakan hati kita.

Tanpa perlu dibahas panjang mahupun dinafikan, inilah hakikatnya yang perlu kita akui. Allah kurniakan kita perasaan. Perasaan marah, gembira, sedih, pedih, gusar dan banyak lagi. Tapi Allah juga telah sedia ada memberi kita petunjuk untuk menguruskannya tapi sayang tidak semua mampu mengikutinya dan ya, itu adalah perkara biasa bila mana kita manusia biasa yang tak pernah lepas dari berbuat silap. Akan tetapi, jangan dilupa bahawa kita juga punya akal yang membezakan kita dengan haiwan. Wahai hamba Allah, iya, benar kita ini manusia yang lemah tapi apabila kamu tersedar, perbaikilah ia kepada yang lebih baik.

"NAFSU"

Sifat ego, marah itu adalah nafsu. Seringkali kita mendengar, wahai manusia, hendaklah kamu memimpin nafsu kamu ke arah kebaikan dan bukan nafsu yang memimpin kamu dalam menjalani kehidupan ini.

Apabila tersedar kamu sudahpun melampaui batas kamu sebagai seorang manusia terhadap manusia yang lain, mohonlah kemaafan kerana sesungguhnya insan lain juga sama seperti kamu yang punya perasaan. Letakkan diri kamu di tempat orang yang kamu tempiaskan kemarahan kamu supaya kamu dapat mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi. 

Jangan menyalahkan kelemahan yang ada pada kamu sebagai seorang manusia sedangkan Allah telahpun mengurniakan manusia itu AKAL agar manusia mampu membezakan mana yang HAQ dan mana yang BATIL.

Allah SWT berfirman dalam surah al-A’raf ayat 199 yang bermaksud,
“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.”
Begitu juga dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 263 bermaksud,
“Pemberian yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya Lagi Maha Penyantun.”

INGIN JADI MULIA?

Marilah kita mengamalkan amalan memberi maaf. Bukan sukar, tapi ini bergantung kepada diri kita sendiri. Jom tambah semangat untuk mudah memberi maaf. Mari lihat pada hadis Nabi SAW yang bermaksud,

“Tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” – Riwayat Muslim.

Betapa besarnya kemuliaan yang diberikan dan betapa tingginya darjat seseorang yang memberikan kemaafan kepada orang lain, sehinggakan Rasulullah menyatakan secara pakej, kelebihan orang yang memberikan kemaafan kepada orang lain. Alangkah beruntungnya seseorang yang memiliki sifat kemaafan sebegini. Alangkah mudahnya hubungannya dengan manusia bila mudah memberi maaf, ditambah mudahnya hubungannya dengan Allah SWT, Tuhan Pencipta Alam. 

Sabda Rasulullah SAW:“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.”(Hadis Riwayat Hakim)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Siapa yang memberi kemaafan (ke atas kesalahan orang), padahal ia mampu bertindak balas(di atas perbuatan tersebut), Allah akan memaafkannya, dihari yang susah” (Riwayat Thobroni)
Hari yang susah itu ialah Hari Kiamat yang juga dikenali sebagai hari orang bermuka masam:
Al-Insan [10] Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: Masam berkerut-kerut..
Orang yang “mampu bertindak balas” iaitu berkuasa dan mempunyai keupayaan untuk membalas kejahatan yang dilakukan, seperti dijelaskan dalam Al-Quran
Ali-Imran [134]……….dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang
Allah akan memaafkannya dan diberikan Syurga:
Ali-Imran [136] Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
Rasulullah s.a.w bersabda: Berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah“. Tirulah sifat pemaaf Allah subhanahu wa ta’ala.
KEUTAMAAN MEMBERI KEMAAFAN
Sikap pemaaf merupakan ciri-ciri orang yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa adalah mereka yang mengerjakan segala perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan segala larangan-Nya. Allah S.W.T. telah mengkategorikan mereka yang pemaaf termasuk dalam golongan muttaqin (orang yang bertaqwa). Firman-Nya:
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (Aali Imraan (3) : 133-134)
Allah S.W.T. mengampunkan mereka yang pemaaf serta menempatkan mereka di syurga.
Dari ayat di atas ini juga dapat kita membuat kesimpulan bahawa mereka yang pemaaf mudah mendapat keampunan Allah S.W.T. dan akan ditempatkan di syurga. Di ayat yang lain Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

… dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
 (al-Nuur (24) : 22)

Sikap pemaaf merupakan akhlak yang mulia yang dituntut oleh syarak
Sikap mudah memaafkan orang lain merupakan suatu akhlak yang mulia lagi terpuji dan ianya tergolong dalam amalan yang amat digalakkan perlaksanaannya oleh Allah S.W.T.. Firman-Nya:
Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (al-Syuura (42) : 43)
Allah S.W.T. mengasihi mereka yang pemaaf
Allah S.W.T. mengasihi mereka yang mudah memaafkan kesalahan orang lain. Firman-Nya:
… dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (Aali Imraan (3) : 134)
Tentu sekali bagi mereka yang dikasihi oleh Allah S.W.T. akan mudah mendapat rahmat serta keampunan-Nya.
Demikianlah beberapa keutamaan yang sempat penulis ketengahkan untuk menunjukkan betapa agungnya sikap mudah memaafkan serta melupakan kesalahan orang lain terhadap kita.
P/S : Memohon kemaafan dan meberi kemaafan bukanlah suatu kerugian buat diri kita bahkan itulah aset kita di akhirat kelak, yang menentukan kita kaya ataupun miskin. Pertahankan ego tak mampu membawa kita ke mana-mana kerana ia hanya akan memakan diri kita kelak. Fikir-fikirkan ya ; )

*PERBEZAAN ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN*

Turutan kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.





Kadang-kadang kita keliru, sebagai anak lelaki, kita nak utamakan ketaatan kepada siapa..? Nak utamakan ibu bapa atau isteri..? Kadangkala yang perempuan sebagai isteri, nak taat kepada suami atau ibu bapa, yang mana lebih patut diutamakan..? 

Jadi, pelbagai keadaan berlaku dalam kehidupan kita. Kita sebagai suami wajib taat kepada ibu bapa, dan isteri wajib taat kepada suami. Jika ada sebarang masalah, bersegeralah untuk berbincang dan bertolak ansur. 

Aturan Keutamaan Dalam Hidup Suami dan Isteri 

Lihat turutan di bawah untuk lebih faham mengenai aturan keutamaan manusia dalam hidup lelaki dan perempuan selepas berkahwin; 

Lelaki 

  1. Ibu Bapa Kandung  
  2. Isteri  
  3. Anak-anak  
  4. Ibu Bapa Mertua  
  5. Adik beradik Kandung / Tiri  
  6. Adik Beradik Isteri  
  7. Datuk / nenek 
  8. Anak-anak saudara dekat  
  9. Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras) 
  10. Jiran Tetangga
Perempuan 

  1. Suami  
  2. Anak-anak  
  3. Ibu bapa kandung  
  4. Ibu bapa mertua  
  5. Adik beradik kandung / tiri  
  6. Adik beradik suami  
  7. Datuk / nenek  
  8. Anak-anak saudara dekat  
  9. Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras)  
  10. Jiran tetangga


Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud:


“Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” - (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim) 

Jadi, boleh nampak tak kat sini yang bagi seorang isteri, selepas berkahwin keutamaan dia berubah kepada suami dan anak-anaknya terlebih dahulu sebelum keluarganya sendiri. Namun, masih ramai yang belum faham peraturan ini, malah ada yang meletakkan keutamaan pada tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya, mak bapak angkat, anak buah, sedara sekampung, kawan baik, dan rakan sekerja. Ada pulak yang sanggup berhutang untuk tolong rakan sekampung, padahal anak bini terabai. 

Sebenarnya isteri selepas berkahwin kalau tak nak jenguk saudara maranya pun, beliau tidak berdosa. Kita ini manusia biasa, perkara yang wajib pun tak tertunai inikan pula yang sunat. Sudah menjadi keutamaannya sebagai isteri untuk mendahulukan hal suami dan anak-anak sebelum keluarganya sendiri. Malah, kalau ditakdirkan yang kedua-dua ibu si suami dan isteri sakit tenat serentak, si isteri hendaklah pulang mengikut suaminya menziarahi ibu mertuanya terlebih dahulu sebelum menjenguk ibunya sendiri. 

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: 

"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". -  (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661) 

Malah, ibu bapa perempuan itu pula mendapat pahala di atas ketaatan anaknya pada suami.  

Tanggungjawab sebagai anak akan dipenuhi selepas tanggungjawab "terpindah" sebagai suami isteri dipenuhi. Namun, tak semua tanggungjawab pada ibu bapa mesti kita patuh. Ada batas dan had-had yang mesti diketahui supaya tidak diambil kesempatan. 

Di sinilah bezanya antara kewajipan dan hak. Kewajipan adalah tanggungjawab yang merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi hak seseorang. Sementara hak pula adalah perkara yang hanya boleh diperolehi apabila seseorang menjalankan kewajipannya. Sebagai contoh, hak seorang isteri adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang anak. Namun, bukan semua hak ibu adalah kewajipan anak-anak. Tambahan pula bagi anak lelaki yang sudah berumahtangga. 

Apabila sudah berumahtangga, kita mengambil "tanggungjawab terpindah". Faham tak apa maksudnya? Tanggungjawab yang terpindah di bahu kita sebaik sahaja lafaz akad nikah dibuat. Bila kita sendiri memilih untuk memindahkan tanggungjawab dari ibu bapa kepada suami dan isteri, maka kita harus tunaikannya sebaik mungkin. Terbatalnya akad nikah ni, maka terlucutlah tanggungjawab si suami pada isterinya dan begitulah sebaliknya. Bila dah jadi ex, isteri terpulang untuk tidak patuh lagi dengan bekas suaminya. 

Maka, di sini kewajipan seorang anak lelaki adalah untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu barulah berkewajipan menunaikan hak seorang ibu. Kenapa? Kerana hak seorang ibu itu sewajarnya dipenuhi oleh suami si ibu iaitu bapa si anak. Jika suami si ibu tiada lagi atau tidak mampu, maka anak-anak lain yang tidak mempunyai kewajipan terhadap isteri dan anak-anaknya sendiri berkewajipan menunaikan hak ibu mereka. Contohnya anak yang masih bujang dan tinggal serumah dengan ibu bapa. 

Bererti, walaupun seseorang itu adalah anak lelaki sulung atau tunggal dan telah berumahtangga serta mempunyai anak-anak sendiri, lelaki ini MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MENUNAIKAN HAK-HAK ISTERINYA DAN ANAK-ANAKNYA TERLEBIH DAHULU berbanding hak ibu bapanya atau adik beradiknya yang lain. Perlu diingat juga, hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan KEPERLUAN sahaja, bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Hadis yang bermaksud : 

"Sekiranya aku memerintah seseorang supaya sujud kepada seseorang , nescaya aku akan memerintahkan seorang perempuan supaya sujud kepada suaminya." 

Hadis ini adalah sahih. Ia diriwayatkan oleh Al-Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah. Ia menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seorang isteri kepada suami yang merupakan ketua rumah tangga. Apabila suami dan isteri saling menunaikan tanggung jawab masing-masing Insya Allah, rumah tangga mereka merupakan sebuah taman yang diberkati oleh Allah .

*MARAH*

Pandangan Islam Mengenai 'MARAH'

*Tajdid niat dahulu sebelum baca, insyaAllah masuk*
Sifat marah ini datangnya daripada hati kita dan mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang yang sabar dapat menahan kemarahan dia dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya. 

Nas Berkaitan Jangan Marah
 

Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan, ada seorang lelaki, datang minta nasihat daripada Rasulullah S.A.W., Baginda jawab: 
"Jangan marah.". Lelaki itu ulang balik soalan dia. Rasulullah S.A.W. menjawab: "Jangan marah". Soalan itu diulang beberapa kali, namun Baginda jawab dengan jawapan yang sama. [1] 

Ada disebut dalam riwayat Imam al-Tirmizi, lelaki tersebut berkata: 
"Ya Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan jangan pula terlalu banyak, moga aku senang memahaminya." Lantas Baginda Rasul menjawab: "Jangan Marah"[2]
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah) 
Dari Mu’adz bin Anas r.a., bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:

مَنْ كَظَمَ غَيْظًا، وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ، دَعَاهُ اللهُ سبحانه و تعالى عَلَى
رُؤُوْسِ الْخَلاَئِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، حَتَّى يُخَيِّرَهُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ مَا شَاءَ

"Barangsiapa yang menahan marah, padahal dia mampu melepaskannya, niscaya Allah akan memanggilnya di atas para pemimpin makhluk pada Hari Kiamat hingga Dia memberikan pilihan bidadari untuknya sesuai kehendaknya." [3]


Kategori Marah
 [4] 
Allah ciptakan kita ini dilengkapi dengan dua unsur:
 
1) 
Jasmani (Pegang kepala, siku, bahu, lutut dan lain2) 
2) 
Rohani (Bateri dalam hati, roh) 

Jadi, tanpa roh, tidak cukup manusia itu. Tanpa bateri, tidak bergerak satu jam itu. Jarum jam (fizikal/jasmani) semua cukup belaka sudah, tapi tanpa bateri tidak gerak jam itu.
 Dari segi roh, hakikatnya, kita redha dengan segala yang berlaku, walaupun kejadian maksiat itu semua ketentuan Allah S.W.T.

Kemudian, dari segi jasmani pula, kita 
berlandaskan syariat. Sampai masa kena marah, kita marah, sampai masa kita berlembut, kita kena berlembut. Marah yang dicela oleh syara' ini adalah marah kerana NAFSU belaka. Tapi kalau marah kerana AGAMA, itu dipuji syara'. 

Contoh:
 
-Marah kerana NAFSU
Marah sebab tak dijemput makan dinner/ Marah sebab ditinggalkan kawan dan sebagainya. Kerana apa? Kerana faedah marah itu tidak ada melainkan untuk diri kita sendiri. 
-Marah kerana AGAMA
; Kita marah orang memperendahkan Rasulullah S.A.W./ Isteri kita diperkosa orang/ Atau kepada orang yang hina agama Islam dan sebagainya. Tapi, tidak dapat dinafikan bahawa sifat marah itu datangnya daripada hati. Semua orang ada sifat marah. Sebab itu, agama diturunkan, dan Rasul diutuskan untuk mengajar supaya kita mengawal marah kita, agar marah itu dapat diterjemahkan sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'. 

Orang Gagah Disebut Rasulullah 

Daripada Abu Hurairah r.a.
, bahawa Rasulullah S.A.W.bersabda,

لَيْسَ الشَّدِيْدُ بِالصُّرَعَةِ، إِنَّمَا الشَّدِيْدُ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ.

"Bukanlah orang yang kuat itu adalah orang yang suka bertindak dengan kekerasan, akan tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah." [5]

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., dia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda,

مَا تَعُدُّوْنَ الصُّرَعَةَ فِيْكُمْ؟ قُلْنَا: الَّذِيْ لاَ تَصْرَعُهُ الرِّجَالُ
. قَالَ: لَيْسَ بِذلِكَ وَلكِنَّهُ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ.

''Siapakah di antara kalian yang kalian anggap kuat?' Kami menjawab, 'Orang yang tidak terkalahkan oleh orang lain.' Nabi bersabda, 'Bukan demikian, akan tetapi dia adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah'." [6] 

Cara Menangani Sifat Marah


Sebut ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ dan kemudiannya segera berwuduk. Sekiranya sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk. Jika sedang duduk, dia hendaklah berbaring. Kalau takut-takut masih tidak dapat mengawalnya, maka dia perlu beredar daripada tempat atau orang yang timbulkan kemarahan dia tu. [7]
Daripada Athiyyah bin Urwah as-Sa'di r.a., dia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda,

إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ،
وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ، فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ.

''Sesungguhnya marah itu berasal dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air, maka apabila salah seorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwudhu."[8]

Menahan Marah Masuk Syurga Allah


Antara ciri-ciri orang yang masuk ke dlm syurga Allah s.w.t ialah mereka yang menahan kemarahan dan orang-orang seperti ini dipuji oleh Allah s.w.t sebagaimana yang dapat difahami dari firman Allah :


وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnyaseluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa"(133)
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ
الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

"mereka yang menafkahkan (harta) sama ada pada waktu lapang atau waktu sempit, mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh manusia dan Allah mengasihi orang yang melakukan kebaikan".(134)
(Surah Ali-Imran : ayat 133 & 134)[9]

Saturday 23 April 2016

Bajrangi Baijaan - "Tears are like rain drops from my eyes"

~Zindagi Kuch to bata~
Bajrangi baijaan

ek din mohabbat oDh kar 
one day, wearing love, 
ek din gali moD par 
one day, on the turn of the street,
teri hatheli par 
on your palm,
likhoon mera naam tere naam par
I’ll write my name on your name,  
phir tu taqalluf chhoD kar
and then you, leaving formalities,  
phir tu jhuka kar ke nazar
and bowing your gaze,
rakhna mere kaandhe pe sar 
keep your head on my shoulder,
zindagi... 
O life.. 

kuch to bata zindagi
tell something, O life,
apna pataa zindagi..  
about yourself, O life..

taaron bhari ek raat mein 
in a night full of stars,
tere khat paDhenge saath mein
we’ll read your letters together..
kora jo panna reh gaya
and if a page remains blank
ek kaanpte se haath mein
in a trembling hand, 
thoDi shikaayat karna tu
you complain a bit, 
thoDi shikayat main karoon
and I’ll complain a little, 
naraaz bas na hona tu, 
just you don’t be angry,
zindagi.. 
O life..


kuch to bata zindagi
tell something, O life 
apna pataa zindagi.. 
about yourself, O life.

tu hai to main hoon
If you are there, I am there, 
tu hai to main hoon
If you are there, I am there, 
tu hai to falak 
If you are there, there is sky, 
tu hai to zameen..
If you are there, there is earth.. 

Keamanan akan datang apabila tiada lagi  perpecahan. Perpecahan mampu disatukan dengan kasih sayang. Kasih sayang sesama insan walau berbeza agama, kepercayaan, budaya, bahasa, warna kulit bahkan negara. Gapailah kasih sayang, rungkaikanlah kebencian. Kita semua adalah satu walau kita banyak perbezaan. Islam itu agama yang menyatukan, maka jangan kita (Muslim) menjadi agen kepada perpecahan. Bajrangi Baijaan, satu cerita yang mengisahkan dua negara dan agama yang berbeza namun bersatu disebabkan rasa kasih dan sayang sesama insan...This is what we need in order to reunite all people in the world. Watch it and you will feel it. Trust me.


Tuesday 5 January 2016

~Mad'u itu cermin buat seorang Dai'e~

<Mad'u itu cermin buat seorang Dai'e>

Hari ini hati aku diketuk.. bukan hanya dengan ketukan lembut bahkan seperti ombak bergelora yang ditiup angin yang cukup kencang. Kadang-kala tika terleka, aku lupa padaNYA. Kadang-kala tatkala aku lalai, hanyut aku dek bayu kedamaian yang bertiup menyentuh kulit tubuh aku..sehinggakan aku bagai boneka yang dikuasai hawa dan nafsu..disuruh ke situ, maka situlah tujuanku.

Semalam aku disapa dek luahan rasa seorang adik yang berterima kasih pada aku untuk segala kata nasihat yang pernah aku berikan..menangis aku tertunduk hiba, terdetik hati aku.. "YA ALLAH, tak pernah aku sangka betapa aku masih lagi berguna di dunia ni..setiap kali terkenang setiap yang aku lakukan di sepanjang perjalanan umurku,luluh hatiku...ketar lututku...betapa aku menzalimi diri aku sendiri.

Dan kini, bila datang kepadaku ucapan terima kasih...terdetik satu kata-kata, "YA ALLAH, apakah layak untuk aku mendapat penghargaan ini sedangkan Engkau masih pun belum sempurna aku hargai sebagaimana selayaknya seorang hamba kepada Tuannya".

Benarlah kata orang, cermin bagi seorang Murabbi adalah pelajarnya...cermin kepada seorang Dai'e adalah Mad'unya.Doaku padamu Ya Allah,

YA ALLAH,
AKU HANYALAH SEORANG HAMBA
YANG KERDIL, LEMAH LAGI HINA
SEMOGA CERMINAN ITU MENJADI TITIK MULA AKU KEMBALI MENGHADAPMU DENGAN PENUH RASA CINTA, IKHLAS DAN SUCI..

YA ALLAH,
BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK AKU TEMPUH SETIAP BISIKAN, HASUTAN DAN GODAAN SYAITAN SEHABIS DAYAKU.

YA ALLAH, 
JADIKANLAH SETIAP MANFAAT YANG AKU BERIKAN PADA SETIAP MAD'UKU MENJADI ASET YANG MAMPU MEMBAWA KAKIKU MASUK KE SYURGAMU YA ALLAH.
DAN SEMOGA ITU JUGA MEMBAWA MEREKA SEIRING DIRIKU MASUK KE SYURGAMU.

YA ALLAH..YA RAHMAN..YA RAHIM
PERKENANKANLAH DOAKU INI YA ALLAH
TERIMALAH TAUBAT KAMI SEMUA YA ALLAH

SEMOGA PENGAKHIRAN KAMI SENTIASA DI SYURGAMU YA ALLAH.
AMIIN..AMIIN YA RABBAL ALAMIN.